X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM dedahkan rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi Najib

A
A

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan yang melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada SPRM.

Pada sidang akhbar khas di sini, beliau berkata klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

"Kami telah diberikan rakaman itu ... selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan.

Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan dan subversif keadilan .... Demi kepentingan awam, kami mendedehkan kepada umum kandungannya, "katanya mengenai sembilan set klip audio berdurasi kira-kira 45 minit itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus