'Alhamdulilah, mereka masih hidup' - Nadir Al-Nuri

Muhammad Nadir Al-Nuri ketika ditemui pemberita pada Majlis Amal Hi-Tea Kempen Bina Semula Gaza anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di sini hari ini. Foto Bernama
Muhammad Nadir Al-Nuri ketika ditemui pemberita pada Majlis Amal Hi-Tea Kempen Bina Semula Gaza anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

BANGI - Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, serangan udara di Rafah, Palestin berlaku tidak kira masa dan ketika ini, isteri serta anak-anaknya berlindung di sebuah rumah di Rafah, Palestin bersama kira-kira 30 individu lain.

Menyifatkan situasi di Rafah amat getir, beliau menzahirkan rasa syukur kerana isterinya, Reem Al-Minawi bersama tujuh anak mereka masih selamat dan boleh dihubungi.

"... Alhamdulilah, mereka masih hidup dan itu sudah cukup baik untuk saya. Memang tidak tidur malam fikirkan keadaan mereka,” katanya yang lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.

Beliau berkata, penduduk di Rafah mempunyai akses kepada makanan dalam tin kerana bantuan masuk melalui laluan itu.

"Serangan oleh Israel sekarang ini masih berlaku melalui jalan udara, maksudnya serangan berbentuk precise iaitu sesiapa yang mereka sasarkan sahaja.

"... belum berlaku serangan melalui jalan darat dan kalau berlaku, risikonya ribuan akan mati syahid,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bina Semula Gaza di sini hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas, serangan Israel ke atas bandar Rafah, yang terletak di selatan Gaza, baru-baru ini telah meragut kira-kira 100 nyawa.

Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas yang menyaksikan sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh manakala lebih 68,552 cedera.

Artikel Berkaitan:

Serangan rejim zionis juga mengakibatkan berlaku kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - Bernama

@sinarharianonline

'Alhamdulilah, mereka masih hidup' - Nadir Al-Nuri #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Palestin #Rafah #Israel #Zionis #Gaza #NadirAlNuri #Isteri #Anak #Keluarga

Allahu - Sami Yusuf

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!