MAS tunggu mesyuarat RTG

Bertrand Rhodict Lises muncul atlet pertama negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 di Paris. Foto Bernama. Gambar kecil: Andy Low
Bertrand Rhodict Lises muncul atlet pertama negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2024 di Paris. Foto Bernama. Gambar kecil: Andy Low
A
A
A

PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Road To Gold (RTG) akhir bulan ini untuk melihat sama ada Bertrand Rhodict Lises dimasukkan ke dalam program elit tersebut bagi mendapatkan kemudahan persiapan yang lebih baik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Sejujurnya kami meletakkan harapan supaya Bertrand dapat dimasukkan dalam program RTG bagi membolehkan beliau melakukan persediaan lebih rapi sebelum bertarung di Paris 2024,” kata Setiausaha Agung MAS, Andy Low kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Sukan Sinar sebelum ini melaporkan saranan Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya (UM), Afizal Abu Othman supaya jawatankuasa RTG mempertimbangkan kemasukan atlet terjun tersebut ke program itu bagi membolehkan Bertrand melakukan persediaan lebih rapi menjelang temasya yang dijadualkan bermula Julai depan.

Jelas Afizal ini penting bagi membolehkan atlet kelahiran Sarawak itu mendapat pendedahan awal dari program yang bertujuan merealisasikan impian negara meraih emas dari temasya tersebut.

Sebagai rekod, Bertrand satu-satunya atlet terjun yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel Berkaitan: