[VIDEO] Lontaran bola boling tersasar ke 'bulan'

Aksi lontaran bola boling ke 'bulan' tular di media sosial.
Aksi lontaran bola boling ke 'bulan' tular di media sosial.
A
A
A

KUANTAN - Aksi seorang lelaki membuat balingan ketika bermain boling hingga tersasar lalu menembusi siling di pusat permainan boling tular di laman sosial.

Video bola boling 'strike' ke bulan yang dikongsi @hazrilazharudin di Twitter itu mendapat perhatian daripada netizen yang menyifatkan lontaran lelaki itu sungguh luar biasa.

Ciap @hazrilazharudin, "Kejadian berlaku di Kuantan. Bowling strike bulan."

Pada hantaran sama, kata @hazrilazharudin, video berdurasi 14 saat itu diperoleh dari aplikasi WhatsApp sebelum dimuat naik di Twitter.

Dalam pada itu, ada netizen mempertikaikan tindakan pemain boling berkenaan yang disifatkan sengaja berbuat demikian.

"Cara dia baling pun rasa macam pelik. Kenapa sampai nak kena lompat? Nampak sangat dia memang 'aim' siling," tulis @aizat.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Farith Asensio kerana aksi sedemikian dilihat seperti disengajakan.

Namun ada netizen berpihak kepada lelaki berkenaan dan memberitahu lambungan bola boling itu tersasar.

Artikel Berkaitan:

"Saya pernah main bukan leret bola tapi lambung bola sampai ke tengah lorong sambil lompat sikit nak kasi hentak lagi kuat.

"Mungkin dia nak buat macam itu tapi malangnya bola itu mungkin melekat pada jari dia kemudian sampai sudah hayun ke atas, baru boleh terlepas," ciap Juipe.

Sehingga kini hantaran tersebut meraih 30,600 ulang kongsi, 19,400 tanda suka dan hampir 440,000 tontonan daripada netizen.