Tanpa kempen, wajah lucu Komeng berjaya pancing undi

Gaya berbeza dengan caleg lain menarik perhatian kebanyakan pengundi. - Foto: Agensi
Gaya berbeza dengan caleg lain menarik perhatian kebanyakan pengundi. - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Pelawak senior Indonesia, Komeng membuat kejutan pada Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung pada Rabu.

Meskipun tidak pernah berkempen atau memasang baliho (iklan kempen) untuk memancing undi, Komeng atau pemilik nama sebenar Alfiansyah Komeng itu rupa-rupanya turut serta sebagai calon legislatif (Caleg) dari Jawa Barat.

CNBC Indonesia memetik data rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada Khamis menunjukkan Komeng yang menyertai Pilihan Raya Legislatif (Pileg) sudah memperoleh 193,189 undi berdasarkan total kiraan undi 33.2 peratus.

Calon bebas itu dikatakan berjaya mengatasi jumlah undi diraih caleg lain.

Pada hari pengundian, foto yang memaparkan ekspresi wajah Komeng yang melucukan turut menjadi topik hangat di media sosial.

Gaya beliau dengan kepala sengaja disengetkan yang agak berbeza dengan caleg lain ternyata menjadi faktor utama yang dapat menarik perhatian pengundi untuk memilihnya.

Warga Tambun, Bekasi dikenali sebagai Fetty Diana mengakui dia tertarik dengan gambar unik Komeng.

"Saya tidak pernah melihat baliho milik baliho milik Komeng dan tidak tahu beliau ikut nyaleg pada Pileg. Selepas buka kertas undi barulah saya lihat beliau adalah salah seorang caleg. Wajahnya amat kelakar," ujarnya sambil menambah suaminya juga memilik pelawak itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: