Ismail Sabri lanjut pelajaran ke peringkat PhD

Antara pengguna media sosial yang bertanya mengenai peringkat pembelajaran di UUM. Ismail Sabri kembali melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia.
Antara pengguna media sosial yang bertanya mengenai peringkat pembelajaran di UUM. Ismail Sabri kembali melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kembali melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu mengenai bidang atau kursus pembelajaran yang diteruskan di universiti berkenaan.

“Alhamdulillah, hari ini dapat kad pelajar.

“Rasmi, hari ini saya jadi pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau memaklumkan mengenai peringkat pengajian tersebut di ruangan komen untuk menjawab pertanyaan pengguna media sosial itu.

Sebelum ini, Ismail Sabri pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM) pada 1980.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu tidak menyangka bahawa beliau masih berkemampuan untuk melanjutkan pengajian walaupun sudah berusia 64 tahun.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: