Jasad Roshaan selamat disemadikan

MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat.
MPV membawa jasad Roshaan tiba di Krematorium Hindu Johor Bahru, Johor Bahru pada Khamis untuk upacara pembakaran mayat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jasad pembantu juruterbang dalam nahas pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Roshaan Singh Raina, selamat menjalani upacara pembakaran di Krematorium Hindu Johor Bahru di Jalan Kebun di sini pada Khamis.

Jasad mendiang yang dibawa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik syarikat Sai Sivam Casket Sevices tiba di krematorium tersebut pada jam 12.40 tengah hari dari kediaman keluarganya di Sunway Bukit Lenang di sini.

Kira-kira 100 ahli keluarga mendiang dan kenalan daripada pelbagai bangsa hadir bagi memberi sokongan penghormatan dan sokongan moral kepada keluarga mendiang.

Suasana pilu menyelubungi krematorium tersebut dan usaha pihak media untuk menemuramah keluarga mangsa tidak berjaya kerana mereka enggan dan bersedih dengan tragedi itu.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang Selasa, juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan Roshaan, 34, maut selepas pesawat ringan model BK 160 Gabriel dinaiki mereka terhempas di Kampung Tok Muda.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao dilaporkan berkata, bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan nahas pesawat.

Roshaan merupakan anak kepada pakar sakit puan terkenal di bandar raya ini, Dr K N Singh dan pasangan Jyotika Patel.

Artikel Berkaitan: