Penulis blog Steadyaku47, rakan sekolah PM meninggal dunia

Foto Facebook Hussein Abdul Hamid
Foto Facebook Hussein Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR Penulis blog Steadyaku47, Hussein Abdul Hamid, 77, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada 5.30 pagi tadi.

Berita kematian Allahyarham disahkan oleh seorang ahli keluarga, Datuk Hamidah Mohd Yusoff kepada Bernama hari ini.

Menurut Hamidah, jenazah Hussein akan dibawa ke Masjid Solehin Pulapol di sini untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, selepas solat zohor.

"Arwah Hussein menerima rawatan di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman HKL sejak Khamis lepas akibat angin ahmar dan pendarahan otak selepas pengsan ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota,” katanya kepada Bernama, di sini.

Arwah meninggalkan dua anak, seorang lelaki dan perempuan.

Allahyarham Hussein juga merupakan rakan sekolah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). - Bernama

Artikel Berkaitan: