CIDB perlu siasat aduan mangsa ditipu kontraktor perumahan

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) perlu mengambil tindakan dan menyiasat sebarang aduan dikemukakan mangsa penipuan syarikat kontraktor perumahan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agensi berkenaan juga digesa mengambil tindakan tegas seperti mengenakan kompaun atau mendakwa syarikat kontraktor perumahan yang tidak berdaftar.

“Jawatankuasa tatatertib boleh kenakan tindakan kepada kontraktor berdasarkan keputusan daripada badan timbang tara.

“Perkara yang perlu diambil kira adalah melantik kontraktor berdaftar dengan CIDB kerana ia di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR).

"Sediakan surat perjanjian antara pemilik dan kontraktor serta patuhi peruntukan perundangan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian mengulas laporan khas muka depan Sinar Harian bertajuk ‘Rumah Tak Siap, Kontraktor Lesap’ berikutan kes penipuan bina rumah semakin menjadi-jadi sehinggakan sekumpulan mangsa mengalami kerugian wang mencecah jutaan ringgit.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar pihak pemilik tanah mengadakan perbincangan dengan kontraktor perumahan dan menandatangani perjanjian bagi mencapai persetujuan bersama.

“Aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika rundingan gagal bagi kerugian di bawah RM50,000

Artikel Berkaitan:

“Kerugian melebihi RM50,000 pula menerusi tuntutan di mahkamah,” ujarnya ringkas.