Sila log masuk terlebih dahulu.

Kementerian Kewangan nafi Nurul Izzah dibayar sebagai penasihat Laksana

14 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 FEBRUARI 2024

Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dibayar sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).

MoF dalam satu kenyataan berkata, perjanjian sah ditandatangani Nurul Izzah adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, sepertimana dimaklumkan kepada umum.

Hantaran yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu dan fitnah semata-mata dan dokumen perjanjian diuar-uarkan di media sosial merupakan sebuah draf tawaran tidak sah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649070/berita/semasa/hantaran-fitnah-nurul-izzah-akan-lapor-polis

#BeritaSemasa #SinarHarian #MoF #NurulIzzah