Stok minyak sawit Malaysia turun kepada 2.02 juta tan

Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas. - Gambar hiasan
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam laporan prestasi industri terbaharunya bagi Januari 2024, MPOB berkata, inventori minyak sawit mentah (MSM) menurun sebanyak 11.84 peratus kepada 1.05 juta tan bulan lepas daripada 1.20 juta tan pada bulan Disember.

Stok minyak sawit yang diproses susut sebanyak 11.82 peratus kepada 963,865 tan pada Januari daripada 1.09 juta tan sebelum ini, katanya.

Sementara itu, pengeluaran MSM jatuh 9.59 peratus kepada 1.40 juta tan pada Januari daripada 1.55 juta tan pada bulan sebelumnya manakala keluaran isirong sawit merosot sebanyak 7.96 peratus kepada 341,640 tan daripada 371,204 tan pada bulan Disember.

MPOB berkata, eksport minyak sawit susut sebanyak 0.85 peratus atau 11,571 tan, kepada 1.35 juta tan pada Januari daripada 1.36 juta tan pada Disember, bagaimanapun eksport oleokimia meningkat sebanyak 3.46 peratus kepada 253,161 tan.

Eksport biodiesel meningkat 127.42 peratus kepada 40,559 tan pada Januari daripada 17,834 tan pada bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, eksport kek isirong sawit meningkat 29.68 peratus kepada 231,398 tan bulan lepas, manakala eksport minyak isirong sawit menurun 22.40 peratus kepada 68,492 tan daripada 88,261 tan metrik pada bulan Disember.

Import MSM susut 64.41 peratus kepada 3,951 tan pada Januari, manakala jumlah import minyak sawit turun 26.38 peratus kepada 29,494 tan berbanding 40,062 tan pada bulan sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: