Sila log masuk terlebih dahulu.

Gangguan bekalan air jejas pelancongan Pulau Pangkor

14 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 FEBRUARI 2024

Gangguan bekalan air selama enam hari berturut-turut menjejaskan kehidupan penduduk dan industri pelancongan di beberapa kawasan di Pulau Pangkor, Lumut, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Masalah penduduk dan peniaga di Kampung Teluk Dalam dan Teluk Nipah itu kian meruncing apabila mereka mendakwa bekalan air yang dihantar lori Lembaga Air Perak (LAP) tidak mencukupi untuk kegunaan harian.

Tinjauan mendapati penduduk terpaksa meletakkan baldi, besen serta tong di hadapan rumah bagi mendapatkan air, malah berlaku pertelingkahan kerana berebut air dari lori tangki LAP.

Penduduk, Zainal Abidin Ismail, 54, berkata, mereka kini mengharapkan sepenuhnya bekalan daripada pihak LAP bagi memenuhi keperluan harian sejak Khamis lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649373/edisi/perak/gangguan-bekalan-air-jejas-pelancongan-pulau-pangkor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #GangguanAir #PulauPangkor