Warga emas maut, kereta masuk laluan bertentangan

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang Honda City disahkan maut di tempat kejadian. Foto PDRM
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang Honda City disahkan maut di tempat kejadian. Foto PDRM
A
A
A

TAMPIN - Seorang lelaki warga emas maut manakala lima lagi individu cedera selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kampung Sungai Dua di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian kira-kira jam 11 malam itu melibatkan dua kenderaan jenis Honda City dan Lexus.

Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kampung Sungai Dua pada Selasa. Foto PDRM
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kampung Sungai Dua pada Selasa. Foto PDRM

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Honda City dari Tangkak, Johor dalam perjalanan ke Rompin, Negeri Sembilan dipandu seorang lelaki dan dinaiki tiga penumpang.

"Sebaik sampai di lokasi, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan jenis Lexus yang dipandu seorang lelaki dan dua penumpang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, berikutan itu penumpang belakang sebelah kanan Honda City iaitu seorang lelaki berumur 65 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

"Lima individu lain di kedua-dua kenderaan itu turut mengalami kecederaan, bagaimanapun hanya dua daripadanya masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kampung Sungai Dua pada Selasa.
Foto PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 1 Jalan Sungai Dua ke Air Kuning Selatan berhampiran Masjid Kampung Sungai Dua pada Selasa. Foto PDRM

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin dan boleh menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan," katanya.