Remaja maut tersepit, kereta dipandu langgar belakang lori

Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara, awal pagi tadi. Foto JBPM
Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan gas di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara, awal pagi tadi. Foto JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 34.5 Lebuhraya Elite arah utara.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 pagi, pada Selasa.

"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan gas.

"Remaja yang memandu kereta itu dalam keadaan tersepit dan berjaya dikeluarkan pihak bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sehubungan itu, Ahmad Mukhlis berkata, kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan: