Berikan sepenuh jiwa demi Malaysia

Pearly (kanan) Thinaah antara gandingan mengalas cabaran Malaysia di BATC 2024. Gambar kecil: Razif Sidek
Pearly (kanan) Thinaah antara gandingan mengalas cabaran Malaysia di BATC 2024. Gambar kecil: Razif Sidek
A
A
A

SKUAD negara perlu tampil lebih baik dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 berbanding ketika aksi di Kejuaraan Terbuka Malaysia - kejohanan pembukaan kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada Januari lalu.

Itu harapan legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek terhadap pemain negara yang akan membuka gelanggang kempen di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Selasa.

“Menang kalah itu adat pertandingan, akan tetapi tampilkanlah satu persembahan yang membolehkan rakyat Malaysia bangga melihat semangat juang anda (pemain) semasa bertarung di gelanggang.

“Saya percaya peminat-peminat badminton negara mengetahui sejauh mana tahap keupayaan pemain-pemain yang diberikan kepercayaan menggalas cabaran negara.

“Kepada pemain-pemain senior bermainlah sepenuh jiwa manakala kepada pemain-pemain junior train hard dan work hard. Ketepikan perkara-perkara yang tidak penting di luar gelanggang, sebaliknya fokus kepada misi mengharumkan nama negara Malaysia,” katanya pada Isnin.

Sebagai rekod, edisi 2022, pasukan lelaki negara yang diketuai bekas juara juara Seluruh England, Lee Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik, merangkul gelaran BATC sulung masing-masing selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir, manakala pasukan wanita pula mara ke separuh akhir.


Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024)

SKUAD LELAKI

Artikel Berkaitan:

Perseorangan

Lee Zii Jia

Ng Tze Yong

Leong Jun Hao

Eogene Ewe

Beregu

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Choong Hon Jian-Haikal Nazri

KUMPULAN B

Malaysia

Taiwan

Kazakhstan

Brunei

JADUAL PERLAWANAN

Selasa (13 Februari)

Malaysia lwn Brunei, 5 petang

Rabu (14 Februari)

Malaysia lwn Kazakhstan, 5 petang

Khamis (15 Februari)

Malaysia lwn Taiwan, 5 petang

* Semua aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam

SKUAD WANITA

Perseorangan

Goh Jin Wei

K Letshanaa

Wong Ling Ching

Siti Nurshuhaini Azman

Beregu

Pearly Tan-M Thinaah

Teoh Mei Xing-Go Pei Kee

Low Yeen Yuan-Tan Zhing Yi

KUMPULAN Y

Thailand

Malaysia

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

JADUAL PERLAWANAN

Rabu (14 Februari)

Malaysia lwn UAE, 9 pagi

Khamis (15 Februari)

Malaysia lwn Thailand, 9 pagi

* Semua aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam