Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat jam 1 tengah hari tadi. Foto Facebook LLM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat jam 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.

Peningkatan trafik turut berlaku di arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka, katanya.

Menurut LLM, trafik juga dilaporkan perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi hingga Genting Sempah, Pahang sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

”Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!