Saya dahulu dikenali 'lollipop man' - Nadir Al-Nuri

Tangkap layar hantaran Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi Facebook pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya dahulu dikenali sebagai 'lollipop man' sebab kalau nak sertai budak-budak melepak, saya hulurkan lolipop."

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Katanya, gelaran itu diberi sewaktu beliau ke Syria, seterusnya ke Palestin.

"Laluan masuk ke hati kanak-kanak ialah manisan atau gula-gula.

"Rapat dengan mereka membuka ruang untuk rapat dengan keluarga mereka lalu mengenali budaya dan cara hidup.

"Selain itu, bercakap dengan mereka kaedah paling cepat untuk belajar bahasa, sebab mereka tak menghukum silap kita, cubalah," ujarnya.

Muhammad Nadir memberi respons itu susulan perkongsian gambar di Facebook mengenai seorang kanak-kanak di Palestin menerima sebungkus kecil gula-gula daripada Ketua Jabatan Advokasi dan Penerbitan CGM, Muhammad Syahmi Afiq Mohd Shukari.

Artikel Berkaitan: