1,295 saman dikeluarkan hari kedua Op Selamat di Kemaman

Antara persembahan naga sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada Sabtu.
Antara persembahan naga sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada Sabtu.
A
A
A

KEMAMAN - Sebanyak 1,295 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang dua hari Op Selamat yang dijalankan di daerah ini bermula 8 hingga 13 Februari depan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 563 kes melibatkan Saman Pol 257 sementara 732 kes membabitkan Saman Pol 170a.

"Saman ini dikeluarkan dalam tempoh dua hari operasi melibatkan pelbagai kesalahan antaranya membabitka n nombor pendaftaran kenderaan, lesen kenderaan motor (LKM), cermin sisi, topi keledar, ubah suai ekzos, ubah suai struktur, aksesori dan tidak pamer LKM bagi motosikal.

"Terdapat juga kesalahan melibatkan motokar antaranya lesen, LKM, lampu brek ketiga, tidak memakai tali pinggang keselamatan, tidak mempamerkan lesen P atau L, " katanya selepas menerima kunjungan Tarian Naga Kelab Kemaman di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Asisten Superintenden Zul Ilham Abd Rahim dan Ketua Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

Zul Ilham (berdiri dua dari kiri) bersama Mohamad Ramizan Ramli (berdiri dua dari kanan) dan Ketua Unit Kebajikan Kelab Kemaman, Tan Kwang Ming (kanan) merakam gambar selepas pertunjukan tarian naga di BSPT IPD Kemaman pada Sabtu.
Zul Ilham (berdiri dua dari kiri) bersama Mohamad Ramizan Ramli (berdiri dua dari kanan) dan Ketua Unit Kebajikan Kelab Kemaman, Tan Kwang Ming (kanan) merakam gambar selepas pertunjukan tarian naga di BSPT IPD Kemaman pada Sabtu.

Hanyan berkata, saman Pol 257 dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan dan diserahkan kepada pemandu atau pengguna jalan raya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan.

Jelas beliau, saman ini juga digunapakai oleh polis selepas selesai sesuatu siasatan kes kemalangan.

Artikel Berkaitan:

"Saman Pol 170a pula adalah notis yang dikeluarkan secara postal atau diletak pada kenderaan atas kesalahan trafik dan ianya dikeluarkan tanpa kehadiran pemandu atau tanpa ditahan oleh polis," katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan dijalankan melibatkan dua lokasi tumpuan iaitu kawasan 'hot spot dan black spot' sekitar Kemaman.

"Kawasan-kawasan 'hot spot' melibatkan Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, Jalan Bandar - Sulaimani dan Jalan Chukai-Air Putih.

"Selain itu, tiga kawasan di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan termasuk dalam kategori kawasan 'black spot'," katanya.