[VIDEO] Suara merdu penyanyi AS baca ayat Kursi memukau dunia

BOSTAN - Nama Jennifer Grout sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video memaparkan dia lancar membaca ayat Kursi dengan begitu merdu dan cukup hukum tajwidnya.
Jennifer memeluk Islam pada 2014 merupakan penyanyi Amerika telah memuat naik bacaan ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan bersahaja di Instagram miliknya.
Menerusi statusnya, Jennifer memberitahu, guru muzik Arabnya telah menasihatkan supaya selalu mendengar bacaan al-Quran untuk mahir bahasa Arab dan menjadi seorang penyanyi muzik Arab yang hebat kerana sebahagian besar ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan al-Quran secara tepat.
Beliau berkata, pembacaan al-Quran adalah seni untuk dirinya, pada masa sama dapat mengasah teknik vokal dalam nyanyian bahasa Arab.
Menurut laporan media tempatan, Jennifer meminati muzik Arab pada 2010 ketika menyambung pelajaran di Kanada dan mula berjinak dalam muzik tersebut selepas membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas graduasi.
Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan memeluk agama Islam.
Nama beliau juga melonjak apabila terpilih untuk ke pusingan akhir program ‘Arabs Got Talent’ beberapa tahun dahulu.
Sementara itu, video berdurasi 2 minit 14 saat itu tular dan netizen menyifatkan suara penyanyi itu sungguh merdu serta memukau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amDigilis lori: Murid Tahun Empat maut selepas 24 jam bertarung nyawa
23 September 2026 04:15pmPenyanyi antara lima maut helikopter terhempas
23 September 2026 02:48pmPolis kesan pemilik, kru bot didakwa tidak ambil mayat mangsa bot karam
23 September 2026 12:15pmROS batal Perikatan Nasional?
23 September 2026 07:15pm[VIDEO] Selak baju jiran sedang tidur, tukang mesin rumput dipenjara 11 bulan
23 September 2026 01:45pm- Iklan -- Iklan -
