Anggota, pegawai lakukan kesalahan 'parasit' dalam PDRM

Jauteh dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sabah Februari 2024 di Dataran Kawad IPK Sabah, Kota Kinabalu.
Jauteh dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sabah Februari 2024 di Dataran Kawad IPK Sabah, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menyifatkan anggota dan pegawai yang melakukan kesalahan adalah parasit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa tiada sebarang perlindungan akan diberikan kepada anggota atau pegawai yang didapati melanggar integriti atau melakukan kesalahan.

"Kita tidak mahu melindungi, mulai dari sekarang janganlah (buat kesalahan). Buat salah, buat salahlah. Sebab inilah parasit dalam PDRM.

"Kita telahpun mengambil pelbagai tindakan, ada yang dibuang kerja sekiranya kesalahan itu boleh dihukum di bawah Peraturan 37," katanya dalam sidang akhbar sempena Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sabah Februari 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak memang ada beberapa insiden melanggar integriti berlaku membabitkan anggota dan pegawai PDRM di Sabah.

"Kita tidak menolak berlakunya insiden perlanggaran integriti di Sabah dan kalau dilihat pada tahun lalu, statistik Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah membuka 93 kertas siasatan berkaitan perlanggaran tatatertib di seluruh Sabah," katanya.

Sebelum ini, isu integriti dalam PDRM mendapat perhatian umum apabila terdapat kejadian melibatkan anggota dan pegawai polis dilaporkan di media sosial dan media massa.

Artikel Berkaitan: