Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222

Gambar yang dimuat naik pentadbir Nasi Kandar Sulaiman menerusi Facebook pada Khamis.
Gambar yang dimuat naik pentadbir Nasi Kandar Sulaiman menerusi Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki berjaya memecah rekod baharu apabila dikatakan makan nasi kandar yang berharga RM222 di sebuah restoran mamak terkenal di Pulau Pinang.

Perkara itu dikongsikan pentadbir Facebook Nasi Kandar Sulaiman sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.

Hidangan nasi kandar yang dikatakan berharga RM222. Foto Facebook Nasi Kandar Sulaiman
Hidangan nasi kandar yang dikatakan berharga RM222. Foto Facebook Nasi Kandar Sulaiman

"Fuh, orang Penang lagi. Seorang makan semua ini, amat-amat dahsyat.

"Kita tak paksa apa-apa dan bukan panggil dia makan.

"Dia sendiri datang makan dan buat rekod, memang padu," katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi. - Foto Facebook Nasi Kandar Sulaiman
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi. - Foto Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Berdasarkan komen pada hantaran tersebut, lelaki berkenaan berjaya menghabiskan makanan itu dalam tempoh 55 minit.

Sebelum ini, rekod paling mahal adalah RM218 oleh seorang lelaki pada 20 Januari lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!