Status Pandelela dalam RTG selepas mesyuarat jawatankuasa

Pandelela Rinong. Foto Bernama
Pandelela Rinong. Foto Bernama
A
A
A

STATUS penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam Program Road to Gold (RTG) hanya akan diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ditanya pemberita mengenai kedudukan Pandelela dalam RTG selepas penerjun negara itu gagal mengesahkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.

“Saya tidak mahu jawab itu dulu hari ini, saya hanya mahu fokus sesi perbincangan meja bulat hari ini.

“Nanti kita akan panggil sidang media khas. Saya akan bincang dengan Datuk Stuart (Ramalingam) untuk koordinasi mesyuarat tidak lama lagi dan kita akan jawab dalam sidang media itu,” katanya selepas mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat (RTD) berkaitan pembudayaan sukan dalam kalangan warga emas di Menara KBS, Putrajaya pada Khamis.

Sebagai rekod, Pandalela terlepas tiket ke Paris 2024 dalam acara kegemarannya 10 meter (m) platform individu dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Pusat Akuatik Hamad, Qatar selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dalam kalangan 46 peserta sekali gus gagal ke separuh akhir.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 selepas itu bersama Nur Dhabitah juga terlepas tiket ke temasya sukan terbesar dunia tersebut dalam acara 10m platform seirama apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-12 dalam kalangan 16 peserta.

Artikel Berkaitan: