Sistem Pembayaran Terbuka KTMB dilancar

Anthony (tiga dari kanan) menyantuni para penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur selepas melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka KTMB dan Edaran Pek Cenderahati sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina di Stesen Keretapi Ipoh pada Khamis. Foto Bernama

A
A
A

IPOH - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Khamis melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang kini tersedia di semua stesen Lembah Klang dan semua stesen Komuter Utara termasuk Ipoh, melibatkan 80 stesen.

Anthony berkata, dengan pelancaran sistem yang membolehkan pengguna membuat pembayaran perjalanan menggunakan kad debit, kat kredit dan pembayaran digital e-dompet itu di pintu kawalan automatik, ia memudahkan proses pembayaran dengan mengambil masa sesingkat satu hingga lima saat.

"Ia tersedia untuk kemudahan komuter sahaja dan tidak melibatkan ETS, kerana ETS memerlukan pengguna membeli sacara dalam talian kerana melibatkan pemilihan tempat duduk tertentu dan terhad,” katanya selepas melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka KTMB di stesen KTMB Ipoh, dekat sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob.

Dalam ucapannya Anthony berkata, STP yang bermula pada bulan September 2022 bermula di Lembah Klang dan siap pada akhir tahun lalu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: