MGB terima tempahan pratuang dari syarikat Arab Saudi

Kilang Konkrit Pratuang IBS milik MGBI yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi.
Kilang Konkrit Pratuang IBS milik MGBI yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju perumahan, MGB Berhad melalui anak syarikatnya MGB International For Industry (MGBI) telah menerima dua pesanan belian daripada syarikat Arab Saudi bagi membekal dan memasang produk konkrit pratuang.

Pesanan daripada syarikat Sany Alameriah (SA) sebanyak SAR 94 juta bersamaan RM119 juta berdasarkan kontrak yang ditandatangani antara SA dengan SALD Industrial Company (SALD).

Pesanan itu meliputi dinding, tangga, tiang dan papak teras berongga (HCS) bagi pembinaan 400 buah villa untuk pembangunan ROSHN Alarous, utara Jeddah.

Berdasarkan Perjanjian Usaha Sama yang dimeterai antara MGBI dan SA pada 27 Julai lalu di mana SA akan menerima tempahan minimum 270,000 m3 produk konkrit pratuang untuk tempoh tiga tahun.

Kilang Konkrit Pratuang IBS MGBI di Jeddah, Kerajaan Arab Saudi.
Kilang Konkrit Pratuang IBS MGBI di Jeddah, Kerajaan Arab Saudi.

MGBI dijangka menyelesaikan tempahan dalam tempoh 14 bulan dari tarikh terima lakaran kedai yang diluluskan ataupun menerusi bayaran pendahuluan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, berkata, tempahan itu mewakili kemajuan yang telah dicapai oleh MGB dalam memperluaskan jenamanya di peringkat antarabangsa.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

Artikel Berkaitan:

“Dengan mengukuhkan kedudukan kami di Jeddah, kami beriltizam untuk menyediakan mutu kerja dan produk yang berkualiti kepada pelanggan sekali gus terus mengintai peluang untuk mempromosikan kepakaran MGB sebagai penyedia solusi pembinaan menyeluruh melalui penggunaan ‘Value Driven Technology’ (VadTech).

“Kami turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap Sany Alameriah di atas sokongan padu sebagai rakan kongsi dalam menjayakan projek usaha sama ini,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

ROSHN Alarous merupakan sebuah pembangunan berprestij, meliputi kawasan lebih 4 juta meter persegi dan bakal menawarkan lebih daripada 18,000 unit kediaman.

No Image Caption

Fasa pertama Alarous yang digelar ‘The Bride of The Red Sea’ akan menawarkan lebih daripada 2,200 unit kediaman, dilengkapi laluan pejalan kaki, ruang hijau di samping kemudahan runcit, sukan dan rekreasi.

ROSHN merupakan pemaju hartanah yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) kerajaan Arab Saudi. PIF merupakan dana aset kerajaan Arab Saudi dan merupakan dana negara terbesar di dunia dengan lebih daripada USD 700 bilion aset.

Selaras dengan sokongan terhadap wawasan kerajaan Arab Saudi 2030, ROSHN menyasarkan untuk menyediakan 400,000 buah rumah menjelang 2030, dimana 30 peratus daripadanya merupakan perumahan baharu.