Tunggang motosikal berbahaya, ekzos bising

Antara motosikal yang telah disita dalam operasi di Kampung Pandan, pada 3 Februari lalu.
Antara motosikal yang telah disita dalam operasi di Kampung Pandan, pada 3 Februari lalu.
A
A
A

AMPANG - Polis menyita sembilan buah kenderaan dan mengeluarkan 31 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Motosikal di sekitar Lorong Cantik, Jalan Kemajuan Kampung Pandan, pada 3 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya melaksanakan operasi itu bermula 9.30 malam.

"Operasi itu dijalankan susulan aduan yang diterima daripada penduduk sekitar berkenaan sikap segelintir golongan remaja yang gemar menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya serta melakukan pencemaran bunyi yang dihasilkan daripada ekzos motosikal.

Motosikal yang telah diubah suai ekzos turut disita.
Motosikal yang telah diubah suai ekzos turut disita.

“Seramai 40 individu diperiksa dan sebanyak 31 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan juga lain-lain kesalahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Azam berkata, sebanyak sembilan buah kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

"Pada operasi yang sama, seorang lelaki berstatus dikehendaki berkait dengan kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan turut ditahan dan juga seorang lagi lelaki ditangkap atas kesalahan memiliki saman trafik lampau berstatus waran tangkap," katanya.

Artikel Berkaitan: