Burger King lancar menu khas sempena Tahun Baharu Cina

Burger King perkenalkan menu istimewa iaitu set hidangan 'Lucky Your Way ' sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Burger King perkenalkan menu istimewa iaitu set hidangan 'Lucky Your Way ' sempena sambutan Tahun Baru Cina.
A
A
A

SHAH ALAM - Restoran makanan segera, Burger King memperkenalkan menu istimewa iaitu set hidangan 'Lucky Your Way ' untuk tempoh terhad bermula 1 Febuari hingga 11 Mac depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menu tersebut menampilkan tiga jenis set burger yang dimewahkan dengan pelbagai pilihan 'topping' sampingan seperti kubis ungu, sos keju nachos, keju Amerika, jalur ayam dan daging rangup serta protein pilihan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cosmo Restaurants Sdn Bhd, Ng Lee Tieng berkata, hidangan tersebut merupakan gabungan menu sambutan perayaan berkenaan yang diubah mengikut kesesuaian.

Lee Tieng (tengah) bersama kru Burger King.
Lee Tieng (tengah) bersama kru Burger King.

"Hidangan set ‘Lucky Your Way’ mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan bukan sahaja hidangan tetapi pengalaman tidak dapat dilupakan meliputi kegembiraan, tuah dan kemakmuran ke seluruh komuniti.

"Menu ini tersedia di semua cawangan Burger King seluruh negara dan ia juga boleh ditempah melalui platform penghantaran makanan terpilih," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Hidangan 'Lucky Your Way' menampilkan tiga menu istimewa merangkumi 'Lucky Tendergrill iaitu burger yang menggunakan 100 peratus bahagian peha ayam dipanggang dan diletakkan 'topping' pilihan manakala 'Lucky Double Beef' sesuai untuk penggemar daging.

Bagi penggemar ikan salmon pula, mereka boleh mencuba burger 'Lucky Salmon' yang diperkaya dengan rasa mewah.

Artikel Berkaitan:

Dengan hanya RM19.90 satu set, setiap hidangan disertakan air soda berperisa limau dan kentang goreng selain pencuci mulut istimewa seperti Salted Caramel Cone, Salted Caramel Sundae Cup dan Salted Caramel Coke Float.

Lee Tieng
Lee Tieng

Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba permainan Burger King Roving Wheel Game bermula 10 hingga 18 Februari ini di cawangan terpilih dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah serta baucar menarik daripada Burger King.

Selain itu mereka juga boleh menyertai peraduan dalam talian di https://luckyyourway.burgerking.com.my/ dan berpeluang memenangi hadiah 10 gram syiling emas (tiga pemenang) dan kepingan emas satu satu gram (lapan pemenag).

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Burger King boleh layari https://www.burgerking.com.my/.