Dua beranak ditemui lemas dalam kolam

Dua beranak ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kampung Nasib Kita, Tawau, Sabah pada Selasa. Gambar kecil: Jasmin
Dua beranak ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kampung Nasib Kita, Tawau, Sabah pada Selasa. Gambar kecil: Jasmin
A
A
A

TAWAU - Dua beranak ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kampung Nasib Kita dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan kes berhubung penemuan wanita berusia 40-an dan anaknya berusia tujuh tahun yang telah meninggal dunia.

"Ketika ditemui, mangsa didapati terbelit pada tali ketika diambil dari dalam kolam yang terletak di hadapan rumah.

"Kedua-dua mangsa ditemui lemas dan mayat telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Diminta mengulas lanjut adakah kes terbabit ada kaitan dengan kejadian bunuh, Jasmin berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada bedah siasat yang dijalankan.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kes ini adalah kes bunuh atau kes kematian mengejut setelah laporan bedah siasat dikeluarkan nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: