Kemasukan pelabur asing perlu diperbanyakkan

Momentum kemasukan pelaburan asing dan domestik perlu diperbanyakkan bagi meningkatkan median upah bulanan. Foto 123RF
Momentum kemasukan pelaburan asing dan domestik perlu diperbanyakkan bagi meningkatkan median upah bulanan. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi meningkatkan median upah bulanan di tiga negeri terendah, momentum kemasukan pelaburan asing dan domestik perlu diperbanyakkan.

Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, ia supaya pelbagai peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi diwujudkan.

“Kesan limpahan ini akan merancakkan ekonomi setempat yang melangkaui pelbagai sektor ekonomi dan tidak terhad kepada sektor tertentu sahaja.

“Selain itu, kepimpinan negeri juga perlu berfikiran jauh serta bertungkus-lumus mengambil pendekatan yang mampu membawa limpahan pelaburan tinggi ke dalam negeri supaya kepesatan ekonomi ini akan menjadikan rakyat negeri lain turut tertumpu ke negeri tersebut,” katanya kepada Sinar Premium.

Mengulas golongan yang mencatatkan median upah bulanan tertinggi pada Jun 2023 iaitu kumpulan berusia 45 hingga 49 tahun, Mohd Faisol berkata, ia kerana kumpulan ini sedang berada di landasan yang tepat dalam mencapai kemuncak kerjaya.

“Golongan berusia 45 hingga 49 tahun menerima median upah bulanan tertinggi RM3,500 kerana mereka telah melepasi fasa permulaan pekerjaan dan lebih matang serta berpengalaman dalam bidang diceburi.

“Sebaliknya, golongan di bawah 20 tahun menerima median upah bulanan terendah sebanyak RM1,500 kerana mereka masih baharu dan kurang pengalaman berharga.

"Selain itu, latar belakang akademik juga mempengaruhi upah bulanan bagi golongan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: