X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya dari Australia tapi tinggal di Malaysia'

Remaja menunjukkan kadbod yang turut tertera Jalur Gemilang mencuri perhatian lensa jurufoto di stadium.
A
A

MADRID - Gelagat remaja Australia yang tinggal di Malaysia tular kerana tulisan tertera pada kadbod dipegang ketika menonton perlawanan secara langsung pasukan kesayangannya, Levante UD dari Sepanyol menentang Atletico Madrid baru-baru ini.

Remaja berusia 16 tahun itu memegang kadbod tertulis 'Saya kembara dari jauh, Morales. Boleh saya mahu jersi awak?' di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid pantas menarik perhatian lensa.

Bukan itu sahaja, remaja itu turut meletakkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Australia sebagai tanda sokongan kepada pasukan tersebut dan tanda kebanggaan.

Difahamkan, remaja itu adalah peminat Kapten José Luis Morales Nogales dan berharap pemain berusia 32 tahun itu dapat menghadiahkan jersi kepadanya.

Video temu ramah remaja dari media tempatan tular setelah dimuat naik di Twitter Levante UD sebelum dikongsi Twitter Harimau Malaya.

Dia juga memberitahu tinggal di Malaysia dan berada di negara ini selama tujuh tahun selain berasa bangga kerana berada di stadium dan sentiasa menyokong pasukan tersebut.

Klip berdurasi 38 saat itu menarik perhatian dunia yang sehingga kini ditonton 18,200 penonton.

Kata @bernard, "Syabas, ulang kongsi dari saya untuk anda, sesama rakyat Malaysia."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!