Sila log masuk terlebih dahulu.

Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan diperluas ke Johor

05 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan akan diperluaskan ke kawasan penanaman padi di negeri Johor secara berperingkat, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian dengan kerjasama kerajaan negeri sedang mengenal pasti kawasan sekitar 50 hektar bagi program SMART SBB Ala Sekinchan di Johor.

Jelasnya, SMART SBB Ala Sekinchan merupakan amalan pertanian berhasil tinggi itu akan meningkatkan hasil pengeluaran daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik per hektar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648016/edisi/johor/smart-sawah-berskala-besar-ala-sekinchan-diperluas-ke-johor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com