Sila log masuk terlebih dahulu.

Spekulasi kumpul sokongan 191 ketua UMNO bahagian hanya sekadar rekaan pihak tertentu

05 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 FEBRUARI 2024

Spekulasi kononnya wujud gerakan mengumpulkan sokongan 191 Ketua-Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara bagi menjatuhkan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadar rekaan pihak tertentu semata-mata untuk memecahbelahkan UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, setakat ini beliau tidak pernah mendengar sebarang dakwaan kewujudan rancangan majoriti ketua bahagian untuk mengusulkan satu Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) diadakan dalam masa terdekat bagi memecat Ahmad Zahid daripada jawatan tertinggi parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647958/berita/politik/tiada-gerakan-jatuhkan-zahid

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #ZahidHamidi #UMNO #DatukSeriDrAhmadZahidHamidi #AhliMajlisKerjaTertinggi #JamilKhir