vivo X100 dihebatkan dengan teknologi ZEISS APO untuk imej luar biasa

No Image Caption
A
A
A

Tidak dinafikan citarasa peminat telefon pintar masa kini tertumpu kepada kecanggihan kamera dan keupayaan merakam gambar atau video yang menakjubkan.

Oleh itu, jenama telefon pintar terkemuka dunia yang sentiasa menitikberatkan prestasi kamera, vivo sentiasa tidak mengecewakan ‘selera’ para peminat peranti mereka.

Kini vivo menampilkan peranti pintar terbaharu dalam Siri X dengan melancarkan vivo X100 dan X100 pro sebagai pembuka tirai tahun 2024 ini.

Beraksi umpama jurugambar profesional dengan kejuruteraan ZEISS APO

Siri vivo X100 ini bakal memberikan anda pengalaman terbaik dalam dunia fotografi seakan-akan seorang jurugambar profesional dengan prestasi yang lebih luar biasa.

Peranti pintar terulung ini menterjemahkan kembali apa yang dikatakan piawaian terbaik dalam industri telefon pintar di mana Siri vivo X100 ini menjanjikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan melalui perkakasan berkuasa dan sistem pengimejan yang boleh disesuaikan.

No Image Caption



vivo X100 Pro dan X100 kini dilengkapi dengan Sistem Pengimejan Kejuruteraan Bersama ZEISS yang lebih inovatif dan canggih. Teknologi terbaharu ini disertakan dengan perisian yang membolehkan pengguna merakam imej dan video yang luar biasa dalam apa jua keadaan.

Artikel Berkaitan:

Manakala daripada segi kamera pula, X100 Pro sememangnya berada dalam kelasnya tersendiri apabila dilengkapi dengan Kamera Utama 50MP ZEISS 1 inci, Kamera Telefoto Terapung 50MP ZEISS APO dan Kamera Super Wide-Angle 50MP.

No Image Caption

Kamera Telefoto Terapung ZEISS APO yang berkuasa menampilkan lensa Vario-Apo-Sonnar baharu daripada ZEISS, yang membolehkan imej dapat dirakamkan cemerlang sama ada dari jarak dekat dan jarak jauh.

Dengan kecanggihan apertur f/2.5 dalam telefon pintar vivo yang pertama seumpamanya, Kamera Telefoto Terapung APO memastikan kualiti imej yang tinggi dalam pelbagai senario, walaupun pada tahap zum daripada 6x hingga 10x. Reka bentuk terobosan ini membolehkan fotografi jarak dekat yang stabil dengan X100 Pro.

Lebih menakjubkan vivo X100 Pro ini menjadi telefon pintar pertama di dunia yang menerima pensijilan APO untuk sistem pengimejan mudah alihnya yang inovatif.

No Image Caption

Sementara itu, vivo X100 Pro pula menampilkan Kamera Utama 50MP VCS True Color, Kamera Telefoto 64MP ZEISS dan Kamera Super Wide-Angle 50MP.

Kedua-dua X100 dan X100 Pro diperlengkapkan lagi dengan Salutan ZEISS T* iaitu teknologi salutan anti-reflektif yang meningkatkan penghantaran cahaya, memastikan produksi warna yang tepat dan mengurangkan silau.

Rakam gambar matahari terbenam dengan lebih menakjubkan

Siri X100 juga adalah juara dalam merakam gambar matahari terbenam dan matahari terbit yang menakjubkan, semuanya kerana perkakasan telefotonya dan Enjin Pengimejan Asal vivo yang dipertingkatkan.

No Image Caption

Enjin Pengimejan Asal vivo mengenali senario matahari merah yang unik dan merakam pemandangan dengan tepat sehingga menghasilkan gambar yang menakjubkan.

Daripada segi kehebatan perkakasan dan perisiannya pula, kedua-dua vivo X100 dan X100 Pro menampilkan cip dwi-prestasi utama, dengan X100 dikuasakan oleh cip vivo V2 yang inovatif manakala X100 Pro pula dikuasakan dengan chip vivo V3 terkini yang memiliki dua ciri: mod resolusi super sinematik video dan permainan 4K.

Kehebatan utama kedua-dua peranti pintar ini adalah Dimensity 9300, CPU utama okta-teras yang menjanjikan peningkatan prestasi yang ketara berbanding model siri X sebelumnya.

Selain itu, X100 dan X100 Pro dilengkapi dengan Interpolasi Bingkai Permainan dan Resolusi Super Permainan untuk permainan yang lancar dan pengalaman visual yang unggul.

Bateri bersaiz besar dan pengecasan pantas

Sementara daripada segi bateri pula, Siri X100 menjanjikan kepuasan tinggi dalam mengoperasikan peranti pintar ini kerana kapasiti baterinya besar, ditambah pula dengan fungsi pengecasan pantas. Untuk pengecasan 50 peratus hanya mengambil masa 14 minit manakala bagi pengecasan penuh cuma setengah jam saja.

No Image Caption

Teras utama kepada kepada keupayaan tenaga Siri X100 ini adalah gabungan tiga teknologi peneraju industri utama; Teknologi Pengubahsuaian Elektrod Grafit Negatif, Teknik Mampatan Elektrod Sejuk dan Proses Pengukiran Laser Susunan Mikrometer.

X100 dilengkapi dengan bateri 5,000mAh (TYP) dan menyokong sehingga 120W Dual-Cell FlashCharge, manakala X100 Pro menampilkan bateri 5,400mAh (TYP) dan menyokong kedua-dua berwayar dan tanpa wayar 100W Dual-Cell FlashCharge.

Dalam memastikan para penggunanya sentiasa dapat menikmati pengalaman visual yang lebih menakjubkan, siri X100 telah dilengkapi dengan Paparan Perlindungan Mata LTPO dan Enjin Dwi untuk pengoptimuman video.

Sistem Pengurusan Kadar Bingkai vivo V yang eksklusif mampu melaraskan kadar penyegaran secara dinamik berdasarkan kelajuan leretan jari dan menghasilkan kadar bingkai untuk setiap lapisan, memastikan pengalaman yang lancar sambil mengurangkan penggunaan kuasa.

Reka bentuk elegan diinsiprasikan oleh matahari dan bulan

Daripada segi reka bentuknya pula, Siri X100 terbaharu masih mengekalkan ciri-ciri estetiknya yang bergaya dan ringan, dengan cincin tersendiri di sekeliling modul kamera yang mempamerkan reka bentuk halo yang diilhamkan oleh matahari dan bulan.

No Image Caption

Cincin ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred aeroangkasa, menambah sentuhan minimalisme mewah dan kemasan sinar matahari bertekstur menyerupai jam tangan mekanikal mewah.

X100 boleh didapati dalam warna Startrail Blue dan Asteroid Black, manakala X100 Pro hadir dalam warna Startrail Blue yang elegan.

Tempah siri vivo X100 sekarang untuk tawaran pakej yang menarik.

No Image Caption

Pelanggan yang berminat boleh membuat pesanan mereka untuk peranti ini dengan mudah di https://linktr.ee/vivox100series.