Mag Rebels juara Dota 2 MEC23/24

Pasukan MAG Rebels bergambar selepas menjuarai Grand Finals Malaysia E-sport Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama
Pasukan MAG Rebels bergambar selepas menjuarai Grand Finals Malaysia E-sport Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama
A
A
A

MAG Rebels berjaya memenangi permainan Dota 2 Kejuaraan E-sukan Malaysia 2023/2024 (MEC23/24), selepas mengalahkan Mag Empire 3-1, pada perlawanan akhir di ESI Hub, Spacerubix, hari ini.

Mag Rebels, diwakili Nicholas Lim, Ng Wei Poong, Kam Boon Seng, Gan Hou Sing dan Roger Tan, bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.

Bagaimanapun, Mag Empire yang diwakili Chan Kok Khin, Denise Danial Abdullah, Ho Wei Loon, Loyd Yoong Binjie dan Cheong Zhi Ying, bangkit pada perlawanan kedua untuk menyamakan kedudukan.

Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia E-sport Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama
Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia E-sport Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama

Mag Rebels kemudiannya, mengubah strategi permainan mereka dan memenangi dua perlawanan seterusnya, untuk muncul juara dan membawa pulang hadiah RM30,000.

Kapten Mag Rebels, Nicholas pula terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pusingan akhir dan menerima RM5,000.

“Ia satu perlawanan yang sengit sehingga permainan keempat. Ia benar-benar boleh berubah kedudukan.

“Kami bermain seperti ketika latihan, memfokuskan kepada beberapa heroes. Saya amat gembira kami berjaya lakukannya,” kata Nicholas.

Artikel Berkaitan:

Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia Es-port Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama
Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia Es-port Championship 2023/2024 (MEC23/24) Kategori DoTA-2 di Spacerubix hari ini. Foto Bernama

Selaku naib juara, Mag Empire membawa pulang RM15,000.

Mango+4 dan Sentry Symphony Esports yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat menerima hadiah RM10,000 dan RM7,500.

Edisi ketiga MEC tahun ini yang dianjurkan Esports Integrated (ESI), menampilkan lima permainan - Player Unknown's Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, Tekke 7 dan Gran Turismo 7. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!