Subsidi RM8.7 juta bagi Jualan Rahmah di Johor

Lilis Saslinda (kanan) mengagihkan buah limau kepada pengunjung sempena Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina di Block 56 flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Sabtu.
Lilis Saslinda (kanan) mengagihkan buah limau kepada pengunjung sempena Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina di Block 56 flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukan RM8.7 juta pemberian subsidi menerusi Jualan Rahmah di negeri ini pada tahun ini.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, susulan itu pihaknya menyasarkan untuk mengadakan lebih 600 Jualan Rahmah di 26 kawasan Parlimen.

Lilis Saslinda melihat sayuran yang dijual sempena Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina di Block 56 flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Sabtu
Lilis Saslinda melihat sayuran yang dijual sempena Jualan Rahmah Tahun Baharu Cina di Block 56 flat Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Sabtu

"Ini tidak termasuk Jualan Rahmah secara istimewa yang diadakan sempena musim perayaan seperti yang dijalankan ketika ini di tiga lokasi terpilih sempena Tahun Baharu Cina.

"Pada bulan lalu, kita telah mengadakan 26 Jualan Rahmah bergerak di 26 lokasi yang memberikan potongan harga kepada barangan makanan dan keperluan terpilih.

"Pada bulan ini, kita berhasrat menggandakan penganjuran program tersebut kepada 52 di 26 lokasi terpilih dalam memberi manfaat kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian program Jualan Rahmah Tahun Baru Cina di Flat Taman Ungku Tun Aminah di sini pada Sabtu.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina, KPDN Johor mengadakan Jualan Rahmah secara outdoor di Muar (pada Jumaat), Flat Taman Ungku Tun Aminah (Sabtu) dan di Chamek, Kluang (Ahad) iaitu lokasi yang mempunyai ramai komuniti Cina.

Artikel Berkaitan:

Lilis Saslinda berkata, pihaknya juga akan mengadakan Jualan Rahmah istimewa sempena musim perayaan lain seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Hari Natal.

Jelasnya, setiap penganjuran program bersempena musim perayaan itu, pihaknya memperuntukan pemberian subsidi lebih RM100,000 bagi setiap program berkenaan.