Rumah kedai di Persiaran Raja Muda Musa kena gempur

Ratusan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur sekitar kawasan rumah kedai di Persiaran Raja Muda Musa, Klang di sini pada Sabtu. Kesemua warga asing dikumpulkan bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut.

A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Suasana di kawasan Persiaran Raja Muda Musa di Pelabuhan Klang dikejutkan dengan kehadiran lebih 300 anggota dan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan yang dijalankan pada Sabtu.

Difahamkan, kawasan terbabit terkenal dengan kebanjiran warga asing yang menyewa beberapa unit kediaman di blok bangunan di sini.

Antara anggota polis terdiri daripada JSJ Bukit Aman bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menjalankan serbuan di sekitar rumah kedai di Persiaran Raja Muda Musa, Pekan Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Antara anggota polis terdiri daripada JSJ Bukit Aman bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika menjalankan serbuan di sekitar rumah kedai di Persiaran Raja Muda Musa, Pekan Pelabuhan Klang pada Sabtu.

Selain itu, ia dijadikan lokasi warga asing yang mencari rezeki dengan bekerja di sekitar kedai runcit dan gerai makanan.

Operasi bermula kira-kira jam 1.30 petang itu dijalankan dengan kepungan di sekitar kawasan berkenaan.

Sinar Harian yang mengikuti operasi berkenaan mendapati kesemua anggota polis terlibat menjalankan pemeriksaan di beberapa blok bangunan di sekitar kawasan Pekan Pelabuhan Klang itu.

Terdapat beberapa warga asing yang didapati cuba untuk melarikan diri bagaimanapun tindakan itu tidak berhasil disebabkan kawasan terbabit telah dikepung pihak berkuasa.

Pemeriksaan dijalankan anggota polis di beberapa premis dipercayai disewa oleh warga asing di sini.
Pemeriksaan dijalankan anggota polis di beberapa premis dipercayai disewa oleh warga asing di sini.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan lebih 500 warga asing ditahan untuk pemeriksaan dan tujuan dokumentasi.

Tinjauan setakat jam 3 petang mendapati masih terdapat beberapa warga asing yang ditahan di sekitar kawasan terlibat.