Budak tiga tahun 'terperangkap' dalam mesin permainan

Anggota polis sedang berusaha mengeluarkan Ethan Hopper yang terperangkap dalam mesin permainan di Queensland, Australia. - Agensi
Anggota polis sedang berusaha mengeluarkan Ethan Hopper yang terperangkap dalam mesin permainan di Queensland, Australia. - Agensi
A
A
A

QUEENSLAND - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Queensland, Australia, terperangkap dalam kotak mesin anak patung di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini mencetuskan geli hati bercampur gelisah netizen di media sosial.

Polis Queensland mendedahkan bahawa mereka menyelamatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari mesin permainan itu yang terletak di pusat membeli-belah Capalaba, Australia.

Sebelum kejadian, bapa kanak-kanak itu, Timothy Hopper menyedari anaknya hilang dari pandangan mereka dan bergegas meminta bantuan polis sebelum menjumpainya sedang kelihatan berseronok mencari mainan patung dalam kotak itu.

Polis berkongsi rakaman misi keselamatan di platform X, di mana budak lelaki itu, bernama Ethan Hopper, dilihat berada dalam mesin mainan yang penuh dengan anak patung Hello Kitty.

Video itu juga menunjukkan polis dan ibu bapa Ethan sedang mencari langkah untuk mengeluarkan anaknya daripada mesin permainan itu.

Menyedari mesin itu diperbuat daripada kaca, bapa Ethan, Timothy mengarahkan anaknya pergi menemui ibunya, yang berdiri di sebelah mesin itu.

Selepas itu, polis bertindak memecahkan kotak kaca itu dan berjaya membawa keluar Ethan.

Timothy memberitahu wartawan bahawa kejadian berlaku dengan pantas apabila anaknya tiba-tiba hilang semasa mereka sibuk membeli belah di pasar raya tersebut.

Artikel Berkaitan:

Seorang anggota polis, Stuart Power berkata selama 11 tahun sebagai pegawai polis, dia tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku. - Agensi