JBPM bakal terima dua helikopter baharu

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika bertemu pengamal media selepas Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ops Siaga Raya di Berjaya Times Square pada Jumaat. Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika bertemu pengamal media selepas Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ops Siaga Raya di Berjaya Times Square pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima dua helikopter baharu jenis AgustaWestland AW139.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, aset baharu itu akan menjadikan armada helikopter yang diuruskan oleh JBPM meningkat kepada 11 buah menjelang 2025.

"Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong dan terus berdiri teguh bersama JBPM.

"Hal ini supaya hampir 14,500 anggota bomba di seluruh 337 balai sentiasa peka, komited dan bersiap siaga, kita KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan menjadi tulang belakang kepada JBPM dengan memberikan sokongan padu kepada pasukan ini demi rakyat dan negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024: Op Siaga Raya di sini pada Jumaat.

Ditanya bila kedua-dua helikopter akan diterima, Kor Ming berkata, ia akan diumum kemudian.

"Bukan sahaja bomba, pasukan uniform lain termasuk tentera dan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam... semua akan menerima. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: