Felcra mampu tingkatkan ternakan ayam pedaging 1.5 kepada 3 juta ekor

Ahmad Jazlan beramah mesra dengan peserta semasa hadir merasmikanKejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Machang.
Ahmad Jazlan beramah mesra dengan peserta semasa hadir merasmikanKejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Machang.
A
A
A

MACHANG - Felcra Berhad (Felcra) yakin hasil pengeluaran ayam pedaging yang diusahakan secara tertutup mampu dipertingkatkan daripada 1.5 kepada 3 juta ekor apabila kesemua reban siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sehingga kini kerja-kerja pembinaan reban itu sudah mencapai 80 peratus.

"Walaupun mengalami kelewatan akibat faktor cuaca, namun pembinaan reban-reban ini berjalan lancar.

"Bila siap sepenuhnya nanti, kita mampu capai sasaran apabila pengeluar ayam ini dapat dilakukan sebanyak enam pusingan sepanjang tempoh setahun," katanya.

Sebahagian daripada peserta Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Machang.
Sebahagian daripada peserta Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan di Machang.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan pada Jumaat.

Menurut beliau, menariknya Felcra menggunakan teknologi terkini dalam penternakan ayam pedaging yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Usaha ini memperlihatkan kesungguhan Felcra dalam membantu kerajaan meningkatkan lagi keterjaminan makanan negara pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Program ini juga akan diperluaskan lagi ke beberapa kawasan seperti Bagan Datoh (Perak), Gua Musang (Kelantan), Padang Terap (Kedah) dan Kuala Lipis (Pahang),"ujarnya.