Dua beradik maut kemalangan

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta Proton Wira.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta Proton Wira.
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Dua beradik maut manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dan seorang warga emas berusia 61 tahun cedera parah dalam nahas di Jalan Kota ke Mawar berhampiran Air Tawar 3, di sini pada Khamis.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Syukri Mohd Yusof, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 10.33 pagi pada Khamis.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera pacuan empat roda dengan tujuh angota bomba telah dihantar ke lokasi.

"Sebaik tiba ke lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Toyota Hilux dan Proton Wira.

"Seramai lima mangsa terlibat dalam kemalangan itu dan pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan kereta Proton Wira.

"Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi manakala dua lagi mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak hospital utuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sekitar jam 11.55 pagi Rabu," katanya.

Artikel Berkaitan: