Kanak-kanak 5 tahun maut tercampak dalam parit

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, malam tadi. - Foto JBPM
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, malam tadi. - Foto JBPM
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat lemas selepas tercampak dalam parit di Jalan Alor Pongsu Kampung Matang Jelutong dekat sini pada Selasa.

Kejadian berlaku apabila motosikal dibonceng mangsa bersama tiga yang lain dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia di hospital manakala yang lain mengalami kecederaan.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai pada jam 9.41 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata, maklumat awal memaklumkan terdapat sebuah motosikal terbabas memasuki parit.

Katanya, motosikal itu ditunggangi seorang wanita berusia 32 tahun bersama seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan turut membawa bersama kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiga daripada mangsa telahpun dibawa ambulans ke Hospital Parit Buntar.

Artikel Berkaitan:

"Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba kemudiannya membawa wanita tersebut ke hospital sama. Kami menerima makluman bahawa seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di hospital," katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi tamat pada jam 10.10 malam.