Tuanku naik skuter elektrik tinjau bandar, kampung

Sultan Ibrahim menunggang skuter elektrik untuk memantau dan melihat sendiri tahap kebersihan antaranya di kawasan Tanjung Emas dan kawasan dalam bandar Muar.
Sultan Ibrahim menunggang skuter elektrik untuk memantau dan melihat sendiri tahap kebersihan antaranya di kawasan Tanjung Emas dan kawasan dalam bandar Muar.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang secara rasminya menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 bukan sahaja terkenal sebagai seorang yang tegas bahkan prihatin dengan nasib rakyatnya.

Baginda sentiasa mengambil berat masalah semua rakyat apatah lagi masyarakat di peringkat akar umbi yang sentiasa mendukung institusi diraja.

Itu merupakan sifat istimewa yang terdapat dalam diri Sultan Ibrahim sekali gus kekuatan yang mengeratkan hubungan istana dengan rakyat Johor.

Menurut bekas Pegawai Daerah Pontian, Datuk On Jabbar, usaha baginda membela kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat dapat dilihat antaranya menerusi aktiviti dalam Kembara Mahkota Johor (KMJ).

On yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) berkata, Sultan Johor juga suka melihat pemandangan kampung apabila memilih menggunakan jalan biasa berbanding lebuh raya untuk ke satu daerah termasuk semasa KMJ.

Sultan Ibrahim bersama Permasuri, Raja Zarith Sofiah mencemar duli hadir pada majlis perkahwinan anak sulung On di Pontian.
Sultan Ibrahim bersama Permasuri, Raja Zarith Sofiah mencemar duli hadir pada majlis perkahwinan anak sulung On di Pontian.

Beliau yang berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Pontian selama setahun setengah berkata, biasanya Sultan Ibrahim tidak akan memaklumkan keberangkatan baginda sebaliknya datang secara mengejut.

“Sebagai Pegawai Daerah kena sentiasa bersedia menerima kunjungan Tuanku. Biasanya dalam perjalanan baru baginda maklumkan nak datang. Tuanku suka melawat tidak secara formal,” katanya.

Artikel Berkaitan:

On menambah, Tuanku suka mempromosikan produk-produk pelancongan selain amat menitikberatkan kebersihan bandar Muar.

On pernah terlibat dalam menguruskan program KMJ semasa beliau menjadi Pegawai Daerah Pontian pada 2016 dan 2017
On pernah terlibat dalam menguruskan program KMJ semasa beliau menjadi Pegawai Daerah Pontian pada 2016 dan 2017

“Tuanku akan naik e-skuter (skuter elektrik) untuk memantau dan melihat sendiri tahap kebersihan antaranya di kawasan Tanjung Emas dan kawasan dalam bandar Muar. Baginda sangat mengambil berat dengan kebersihan,” katanya.

Cerita On, antara kenangan paling manis buat dirinya adalah Sultan Ibrahim dan Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli hadir majlis perkahwinan anak sulungnya, Norshahira.

“Tuanku hadir bersama Permaisuri Johor. Ini satu sejarah dan kenangan buat keluarga saya,” katanya.

Dalam pada itu, On merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berkuat kuasa 31 Januari ini dan berharap kelebihan tersebut akan dapat dinikmati rakyat negeri itu.