Dua ahli Geng Khoki Kumar samun warga asing diberkas

Ahmad Sukarno
Ahmad Sukarno
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki disyaki Geng Khoki Kumar ditahan kerana terbabit dalam kes samun hingga menyebabkan kecederaan seorang lelaki warga asing di Jinjang, pada 7 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dua lelaki berusia 33 dan 39 tahun itu ditahan secara berasingan pada 21 dan 22 Januari lalu.

"Hasil siasatan mendapati dua suspek telah menaiki sebuah kereta warna putih, salah seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Seorang lagi suspek telah merampas wang tunai dan juga sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.

Ahmad Sukarno berkata, susulan tangkapan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Samsung milik mangsa dan sebuah kereta Perodua Axia yang digunakan ketika kejadian.

"Kedua-dua suspek itu mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau. Mereka telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan kes melibatkan daerah itu.

“Dengan tangkapan ini, kita berjaya menyelesaikan dua kes samun di Selangor dan Kuala Lumpur serta dua kes curi kenderaan di Sentul,” katanya.

Artikel Berkaitan: