'Demi Tuanku, 6 pagi kami dah sampai'

Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa. Foto Sinarharian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa. Foto Sinarharian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - 'Demi Tuanku, kami sanggup tunggu seawal jam 6 pagi'.

Itu antara reaksi beberapa individu yang ditemui sekitar Jalan Parlimen, dekat sini sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Selasa.

Azri Samad, 23, berkata, dia dari Kuala Selangor bersama dua lagi rakan tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini.

"Saya dan dua lagi rakan bermalam di sebuah hotel di ibu kota ini sejak semalam lagi, memang tak mahu terlepas untuk bersama dalam hari bersejarah ini.

"Saya dah rancang awal, dan sejak tengah bulan lepas dah ambil cuti siap-siap untuk hadir ke sini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, bagi mengelakkan kesesakan, dia dan rakannya berada di sekitar Jalan Parlimen ini sejak jam 6 pagi lagi.

"Masa saya sampai bersama rakan memang dah ramai saya tengok dah ada di sini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Demi Tuanku kami sanggup bangun awal dan nantikan saat bersejarah ini, walaupun sedih kerana tugas Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong telah berakhir," katanya.

Dianggarkan ribuan individu terdiri daripada orang awam serta kakitangan kerajaan berada di sekitar Jalan Parlimen di sini bagi Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tujuh laluan di sekitar ibu negara terbabit dengan penutupan penuh manakala 13 laluan ditutup secara berperingkat sempena istiadat ini.