Paddlefish Cina diisytihar pupus

Spesies ikan air tawar terbesar di China, sephurus gladius yang dikenali sebagai paddlefish Cina berasal dari Sungai Yangtze, China diisytiharkan pupus.
Spesies ikan air tawar terbesar di China, sephurus gladius yang dikenali sebagai paddlefish Cina berasal dari Sungai Yangtze, China diisytiharkan pupus.
A
A
A

CHINA – Spesies ikan air tawar terbesar di China, psephurus gladius yang dikenali sebagai paddlefish Cina yang berasal dari Sungai Yangtze, China diisytiharkan pupus.

Berdasarkan kajian oleh ahli pengkaji China di Institut Penyelidikan Perikanan Sungai Yangtze, melalui Jurnal Sains Alam Sekitar pada 23 Disember lalu, ikan terbabit dipercayai telah pupus antara tahun 2005 hingga 2010 lalu.

Melalui laporan sumber daripada The Straits Times Singapura, seorang penulis yang terlibat dalam kajian tersebut, Wei Qiwei berkata, kesimpulan itu dilakukan berdasarkan penilaian oleh panel pakar daripada Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam di Shanghai.

“Paddlefish Cina yang mempunyai panjang kira-kira 2 hingga 3 meter dan boleh mencecah hingga 7 meter ini telah wujud sejak 15 juta tahun yang lalu.

“Ikan ini telah tersenarai antara haiwan yang terancam sejak 1996 lagi. Penemuan terakhir ikan ini adalah pada 2003. Sejak itu, tiada lagi penemuan ikan ini dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu, paddlefish Cina begitu besar dan sukar untuk ditangkap.

Beliau sendiri pernah turun padang dalam misi menyelamatkan ikan tersebut daripada terperangkap.

Katanya, kepupusan ikan tersebut telah menimbulkan perhatian orang ramai yang menyuarakan rasa sedih terhadap kepupusan haiwan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Antara tahun 1984 dan 1993, saya pernah menyelamatkan empat ikan terperangkap tetapi hanya satu berjaya diselamatkan dan dilepaskan kembali ke sungai.

“Orang ramai juga berharap agar haiwan terancam yang lain dapat dilindungi dengan lebih baik agar generasi akan datang dapat melihatnya,” katanya.