Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan digesa bawa usul pencen ahli politik di Parlimen, DUN - Syed Saddiq

29 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 29 JANUARI 2024

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan membawa usul pemansuhan pencen ahli politik peringkat Persekutuan dan negeri di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan susulan wujudnya Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 bagi ahli Parlimen, Senator, Perdana Menteri, menteri dan Yang Dipertua.

Pada 26 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pelaksanaan skim tidak berpencen bagi kemasukan penjawat awam baharu turut terpakai bagi ahli dan lantikan politik.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646781/berita/nasional/kerajaan-digesa-bawa-usul-pencen-ahli-politik-di-parlimen-dun---syed-saddiq