FAMA perkukuh pemasaran agromakanan negara

KOMBO MADANI antara tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung Jualan Agro MADANI. - FOTO: FAMA MALAYSIA
KOMBO MADANI antara tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung Jualan Agro MADANI. - FOTO: FAMA MALAYSIA
A
A
A

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus melaksanakan langkah proaktif untuk memastikan kemampanan sektor pertanian dan agromakanan negara seterusnya menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Ditubuhkan pada tahun 1965, FAMA sentiasa berusaha membawa evolusi mengikut peredaran semasa serta merintis pembangunan pemasaran sektor pertanian dan agromakanan negara seterusnya melengkapkan keperluan dan mengimbangi permintaan khususnya kepada golongan sasar.

FAMA yang dipimpin oleh Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA bersama pasukannya telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif, menyokong usaha dan aspirasi kerajaan seterusnya mencatatkan pelbagai kejayaan dalam pembangunan pemasaran industri agromakanan termasuklah keusahawanan.

ABDUL RASHID BAHRI
ABDUL RASHID BAHRI

Kejayaan itu dibuktikan secara terkumpul sehingga Disember 2023 yang mana menurut Abdul Rashid, FAMA secara keseluruhannya telah berjaya membangunkan 70,574 usahawan diikuti 1,595 pembangunan outlet pemasaran dan menyediakan 688 infrastruktur selain pembangunan produk tempatan.

“Secara keseluruhan, FAMA bersama usahawan bimbingan telah mencatatkan nilai jualan yang memberangsangkan dalam tempoh Januari sehingga Disember 2023 berjumlah RM2.396 bilion bagi merancakkan ekonomi dalam sektor pertanian dan agromakanan negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Pencapaian intervensi

Melengkapi usaha memastikan jaminan bekalan agromakanan dalam negara, FAMA melaksanakan pelbagai intervensi bagi menangani ketidakstabilan bekalan meliputi sayur-sayuran, ayam, telur dan beras dalam negara melalui pelbagai pelaksanaan antaranya program Jualan Agro MADANI.

Artikel Berkaitan:

Menerusi langkah intervensi bekalan beras putih tempatan, FAMA menguruskan intervensi pengedaran melibatkan 685,401 kampit beras bersamaan 6,854 metrik tan dengan melibatkan penghantaran ke Pusat Operasi FAMA, outlet usahawan bimbingan, outlet pemasaran FAMACorp, Jualan Agro MADANI setakat Disember 2023. Secara keseluruhan, pelaksanaan program dan intervensi itu melibatkan nilai belian berjumlah RM17.48 juta.

Bagi intervensi pengedaran bekalan ayam pada tahun lalu, FAMA telah mengedarkan sebanyak Bagi intervensi pengedaran bekalan ayam pada tahun lalu, FAMA telah mengedarkan sebanyak 18.57 metrik tan yang bernilai RM0.14 juta. Malah, FAMA turut berjaya melaksanakan intervensi pengedaran 3.68 juta biji bekalan telur ayam melibatkan 17 outlet pemasaran bagi fasa kedua pada tahun lalu.

Jumlah bekalan telur itu merupakan tambahan kepada pelaksanaan intervensi fasa pertama pada tahun 2022 yang mencatatkan 40.09 juta biji telur melibatkan 369 outlet.

Bagi Jualan Agro MADANI, FAMA dengan kerjasama pelaksanaan bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengadakan sebanyak 5,608 jualan di seluruh negara melibatkan 74,841 usahawan dengan catatan nilai jualan sebanyak RM93.74 juta. Melalui pelaksanaan program ini telah memanfaatkan seramai 11.6 juta isi rumah dengan jumlah penjimatan dinikmati pengguna sebanyak RM27.8 juta.

Jaminan bekalan agromakanan dan sumbangan

Dalam mengukuhkan jaminan dan kestabilan pembekalan agromakanan negara, FAMA memainkan peranan utama di sepanjang rantaian bekalan agromakanan dengan pelaksanaan di setiap proses pemasaran hasil pertanian kepada masyarakat yang merangkumi;

Peringkat Pengumpulan.

- 3,064 petani Ladang Kontrak KPKM, 242 Pusat Pengumpulan Ladang (PPL). Peringkat Pemprosesan.

- 164 bilik sejuk. 40 buah pusat operasi.

Peringkat Pengedaran dan Pengeksportan.

- Mobilisasi 230 buah kenderaan perdagangan.

Peringkat Peruncitan.

- 1,614 outlet pemasaran. Penguatkuasaan Peraturan

- 142 jenis tanaman.

Pengguna.

- Galakan pasaran domestik dan antarabangsa.

Sumbangan FAMA itu dijangka memberi kesan positif kepada peluasan pasaran sektor agromakanan negara dalam tempoh 2026 hingga 2030 dengan sasaran sumbangan sebanyak RM4.1 bilion kepada KDNK agromakanan dengan pembangunan terkumpul sehingga 5,000 outlet pengedaran dan pemasaran.

Fokus FAMA, industri agromakanan

Industri pertanian negara bakal disemarakkan lagi menerusi pengukuhan fungsi dan peranan FAMA melalui pelancaran 12 hala tuju baharu agensi itu untuk tempoh empat tahun bermula 2023. Penetapan hala tuju itu berasaskan pelan penstrukturan semula organisasi, pelan penambahbaikan akta dan tujuh teras tindakan dalam pelan strategi pembangunan.

FAMA menguruskan intervensi pengedaran beras melibatkan 6,854 metrik tan setakat Disember 2023. - FOTO: FAMA MALAYSIA
FAMA menguruskan intervensi pengedaran beras melibatkan 6,854 metrik tan setakat Disember 2023. - FOTO: FAMA MALAYSIA

Inisiatif 12 Hala Tuju FAMA 2023-2026 merupakan manifestasi sokongan terhadap usaha kerajaan mempelbagaikan fokus kumpulan sasar yang sebelum ini tertumpu kepada peringkat pengeluar dan perantara pasaran.

Berdasarkan hala tuju baharu itu, FAMA pada tahun 2024 sedang giat memfokuskan kepada pengeluar, perantara pasaran dan pengguna melibatkan kepelbagaian hasil pertanian merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, florikultur dan herba serta hasilan ternakan (unggas, bebiri, kambing, lembu, arnab dan rusa).

Antara Hala Tuju FAMA yang digariskan ialah;

- Memperluas punca kuasa FAMA – subseksyen 3 (fungsi & kuasa).

- Menambahbaik Peraturan Pendaftaran Pemasar.

- Menambahbaik Peraturan GPL iaitu Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian.

- Menguatkuasa Pemasaran Ternakan.

- Mewujudkan Program SISDA: Pengawasan serta Intervensi Bekalan dan Pemasaran Agromakanan.

- Pelaksaan Program Jualan Agro MADANI.

- Memperkasa Pendigitalan Perkhidmatan FAMA melalui Enterprise Architecture.

- Mempelbagaikan Program Pembangunan Pemasar Strategik (berpacukan industri).

- Melaksanakan Program Rejuvenate Agrofood Industry (RAI).

- Memperkukuhkan Sistem Makanan Negara melalui RMK-13.

Secara strategik, fokus FAMA 2023-2026 amat signifikan dalam memastikan usaha FAMA bagi memacu sistem agromakanan yang mampu memberikan impak yang besar kepada negara. Seterusnya, pada tahun ini, FAMA akan memberi fokus kepada programprogram utama FAMA di antaranya:

Intervensi pengedaran telur ayam melibatkan sejumlah 43.7 juta biji pada tahun 2023. - FOTO: FAMA MALAYSIA
Intervensi pengedaran telur ayam melibatkan sejumlah 43.7 juta biji pada tahun 2023. - FOTO: FAMA MALAYSIA

Penglibatan FAMA dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

Jualan Agro MADANI dengan tambahan 5,000 kali penganjuran berakhir Oktober 2024.

Tahun ini juga, FAMA akan menganjurkan sebanyak lapan program FAMA Fest iaitu di Perak, Sarawak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Sabah.

FAMA juga akan meneruskan Langkah-langkah Intervensi (beras putih tempatan, ayam proses, telur ayam).

SISDA - Program Pengawasan Serta Intervensi Bekalan Dan Pemasaran Agromakanan (Surveillances And Intervention On Supply And Demand Of Agrofood). Program ini melibatkan skop kerja seperti pengumpulan data, integrasi data, analisis data, data visualisasi, pembangunan model unjuran yang akan menggunakan teknologi machine learning.

Pendigitalan FAMA melalui program iFAMA & iPemasar.

Ejen Pemasar (Export Management Company – EMC) - Sebanyak 30 SKU baru telah disasarkan untuk dieksport pada tahun ini.

Pemerkasaan Industri Ternakan:

- Selaras dengan keputusan pihak KPKM yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan industri sedia ada yang salah satunya komoditi ayam dan telur, khidmat pemasaran FAMA dalam sektor ternakan perlu diperkemaskan semula dan perancangan pengaturan pembekalan bagi memastikan bekalan tersebut sampai ke outlet peruncitan di bawah pengurusan FAMA. Pengaturan pasaran ini amat penting bagi memastikan bekalan mencukupi dan pengguna dapat harga yang munasabah kerana bekalan tersebut diperoleh terus daripada pembekal/pengeluar.

Pindaan Akta (Pembekalan):

- FAMA sedang dalam usaha membuat pindaan Akta 141 FAMA yang melibatkan penambahan perkataan ‘Supply’ (Pembekalan) yang bertujuan untuk memberi punca kuasa kepada FAMA secara nyata berkaitan pembekalan dan seterusnya akan memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan FAMA ke arah keterjaminan makanan.

Integriti dan inklusiviti: Pemacu kejayaan

Pada majlis Konvensyen FAMA bulan Disember yang lepas telah memperkenalkan tema “Integriti dan Inklusiviti: Pemacu Kejayaan” yang membawa maksud kepada dua elemen penting yang dapat membawa kejayaan dalam sesebuah organisasi. Integriti merujuk kepada kejujuran dan keadilan dalam segala tindakan dan keputusan. Manakala inklusiviti merujuk kepada penerimaan dan penghargaan terhadap perbezaan.

Pembudayaan nilai integriti bermula daripada setiap kakitangan dan individu. Setiap kakitangan yang mengamalkan pematuhan terhadap Akta dan Peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mahupun dalaman FAMA akan menggambarkan tata kelola yang baik oleh organisasi.

Info:

Jualan Agro MADANI:

- 5,608 Program.

- RM93.74 juta nilai jualan.

- Nilai penjimatan RM27.8 juta melibatkan 11.6 juta manfaat isi rumah.

Pengedaran Beras Putih Tempatan:

- 6,854 metrik tan.

- RM17.8 juta nilai belian

Pengedaran Telur Ayam:

- Fasa 1, 40 juta biji telur melibatkan 369 outlet.

- Fasa 2, 3.7 juta biji telur melibatkan 17 outlet.

Pengedaran Ayam Proses:

- 18.57 metrik tan yang bernilai RM0.14 juta.