Selepas 14 hari, mayat ahli perniagaan ditemukan

Norhisyam dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Januari lalu. (Gambar kecil: Norhisyam)
Norhisyam dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Januari lalu. (Gambar kecil: Norhisyam)
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Selepas 14 hari dilaporkan hilang, mayat ahli perniagaan, Norhisyam Ismail, 43, yang dikhuatiri lemas ditemukan di Pulau Dollah, Pantai Kuda di sini pada Ahad.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.08 malam untuk membantu pihak polis mengambil mayat tersebut.

"Susulan itu, seramai empat orang anggota bersama sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati mayat seorang lelaki telah terdampar di pesisiran pantai tersebut.

Pihak JBPM mmembantu pihak polis mengambil mayat di Pulau Dollah, Pantai Kuda, Kota Bharu pada Ahad. Foto JBPM
Pihak JBPM mmembantu pihak polis mengambil mayat di Pulau Dollah, Pantai Kuda, Kota Bharu pada Ahad. Foto JBPM

Mengulas lanjut katanya, anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk proses pengecaman terhadap mayat tersebut.

Menurutnya, melalui hasil pengecaman pakaian oleh keluarga mendapati mayat tersebut adalah mangsa yang hilang di Sungai Kelantan pada 15 Januari lalu.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian 15 Januari lalu, mangsa dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!