Isteri harap jasad suami segera ditemukan

Isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikhuatiri lemas sejak sembilan hari lalu berharap jasad suaminya itu segera ditemukan.
Isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikhuatiri lemas sejak sembilan hari lalu berharap jasad suaminya itu segera ditemukan.
A
A
A

KOTA BHARU - Isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikhuatiri lemas sejak sembilan hari lalu berharap jasad suaminya itu segera ditemukan.

Norhisyam Ismail, 43, dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan di Tendong, Pasir Mas pada 15 Januari lalu.

Isterinya, Norhaida Zahari@Ghazali, 39, berkata, sejak kejadian itu dia mengakui sukar untuk melelapkan mata kerana terlalu merindui selain memikirkan nasib suami.

"Suami seorang yang penyayang dan romantik, dia juga banyak membantu saya dalam urusan kerja rumah serta perniagaan setiap hari.

"Sudah sembilan hari dia tiada di sisi, membuatkan saya tidak lena tidur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut ibu kepada empat anak yang berusia 17 tahun hingga 11 bulan itu, setiap hari dia dan keluarga akan melakukan solat hajat termasuk di lokasi kejadian dan masjid berhampiran ruamhnya supaya suami segera ditemukan.

"Saya berharap operasi menyelamat tetap diteruskan. Tidak kira bagaimana sekalipun keadaannya saya berharap dan berdoa suami berjaya ditemukan.

"Sehingga hari ini, saya serta anak-anak sentiasa ke lokasi kejadian dengan harapan dapat bertemu suami semula," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada Isnin.