Sila log masuk terlebih dahulu.

Tujuh warga Kemboja nekad terjun laut elak ditahan

27 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 JANUARI 2024

Tujuh warga Kemboja yang sedang leka menyiapkan tongkah kayu sebagai peralatan mengutip benih kerang di sebuah jeti nelayan di Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam nekad terjun ke laut selepas premis terbabit diserbu pihak berkuasa pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Serbuan kira-kira jam 6 petang itu dijalankan secara bersepadu oleh penguat kuasa Jabatan Perikanan Selangor serta Pasukan Polis Marin Gerak Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Selangor (Maritim).

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, suspek terbabit dipercayai terkejut dan terus bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646301/berita/semasa/tujuh-warga-kemboja-nekad-terjun-laut-elak-ditahan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #BenihKerang