PM beri jaminan pelihara kebajikan kaum minoriti di Malaysia

Anwar menerima kunjungan wakil Pertubuhan Sami Buddha Keturunan Siam Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menerima kunjungan wakil Pertubuhan Sami Buddha Keturunan Siam Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kebajikan golongan minoriti di negara ini termasuk kaum Siam, sama ada dari soal agama dan bahasa, akan dipelihara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar semasa beliau menerima kunjungan wakil Pertubuhan Sami Buddha Keturunan Siam Malaysia di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

"Malah kelas Bahasa Siam yang dikendali oleh Wat Siam akan dibantu dan diperkasa dengan pentadbiran yang lebih mantap," kata beliau melalui perkongsian di media sosial. - Bernama

Artikel Berkaitan: